Aliran tunai adalah salah satu elemen yang paling penting untuk mengukur kesihatan kewangan peribada anda.
Aliran tunai terdiri daripada pendapatan dan perbelanjaan. Ia berkaitan dengan berapa banyak aliran masuk yang dijana (pendapatan) dan berapa banyak aliran keluar (perbelanjaan) yang berlaku. Ia biasanya diukur secara bulanan atau tahunan.
- Lebihan atau aliran tunai positif ialah apabila pendapatan lebih daripada perbelanjaan: Lebihan ini boleh disimpan untuk dana kecemasan atau untuk dilabur.
- Defisit atau aliran tunai negatif ialah apabila perbelanjaan melebihi pendapatan: Ini bermaksud individu tersebut berkemungkinan besar akan terjerumus ke dalam hutang yang berterusan.
Tinjauan Literasi Kewangan Malaysia oleh RinggitPlus pada 2019, menunjukkan bahawa 43% rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada, atau bersamaan dengan apa yang mereka perolehi.
Sebanyak 53% daripada 8,000 yang ditinjau tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara diri mereka melebihi tiga bulan.
Jangan biar ini daripada berlaku kepada anda. Berikut adalah beberapa tip untuk memperbaiki aliran tunai dan sentiasa mempunyai wang mencukupi untuk kecemasan.
Tip 1: Fahami aliran pendapatan semasa anda
Bagi mereka yang bekerja dan menerima gaji tetap setiap bulan, ia mudah untuk dikira.
Jejak hari gaji dan bayar semua komitmen kewangan dengan segera, serta potongan wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Socso dan cukai pendapatan.
Bagi mereka yang bekerja sendiri, pendapatan anda mungkin berbeza setiap bulan. Sebab itu, amatlah penting untuk memahami corak aliran masuk untuk memenuhi komitmen kewangan tepat pada masanya.
Selain itu, pemilik perniagaan tidak boleh mencampurkan pendapatan perniagaan dengan pendapatan peribadi. Mereka perlu membayar gaji bulanan kepada diri sendiri dan mengira berapa banyak untuk dibayar dalam bentuk dividen tahunan tanpa mengganggu kitaran perniagaan.
Sama ada bekerja atau bekerja sendiri, pelabur juga boleh menikmati pendapatan pasif daripada pelaburan mereka.
Tip 2: Jejaki perbelanjaan
Anda perlu memahami berapa banyak yang anda belanjakan untuk perbelanjaan yang kerap dan kurang kerap.
Perbelanjaan yang kerap termasuk barangan runcit, minyak, bayaran balik pinjaman dan penyelenggaraan kereta. Perbelanjaan yang kurang kerap termasuk cukai tanah tahunan pada hartanah, pembaharuan cukai jalan dan bayaran premium insurans.
Mempunyai dana kecemasan adalah penting untuk perbelanjaan yang tidak dijangka seperti bil perubatan.
Senarai perbelanjaan anda boleh dicatat dengan menggunakan kertas dan pen, di komputer dengan hamparan atau dengan salah satu daripada banyak aplikasi penjejak perbelanjaan yang boleh didapati di Apple App Store atau Google Play.
Pastikan anda merujuk akaun bank untuk mendapatkan rekod aliran tunai yang lebih tepat.
Tip 3: Kenal pasti jenis aliran keluar
Setelah perbelanjaan anda direkod, kategorikan aliran keluar. Contohnya:
- Aliran keluar untuk simpanan: Ini termasuk simpanan wajib atau sukarela dan premium untuk insurans atau pelan takaful.
- Aliran keluar untuk komitmen kewangan: Bayaran pinjaman atau komitmen kepada institusi kewangan.
- Aliran keluar untuk perbelanjaan: Perbelanjaan rumah dan hidup, pengangkutan, pendidikan, hiburan, langganan dan sebagainya.
Ini akan membantu anda untuk memvisualisasikan ke mananya wang anda telah pergi dan mana yang menjadi perbelanjaan keutamaan. Jika semua aliran keluar dianggap perlu tetapi lebih tinggi daripada aliran masuk, anda haruslah mendapatkan nasihat pengurusan hutang dengan secepat mungkin.
Tip 4: Elakkan perbelanjaan yang tidak penting
Selepas perbelanjaan dan kategori aliran keluar telah dipasti, anda akan melihat suatu corak dalam proses tersebut. Gunakan data ini untuk menilai semula apa yang telah dibelanjakan tetapi perlu dielakkan.
Nilai semula keperluan dan kehendak sebenar dengan mengemukakan soalan-soalan ini:
- Adakah anda benar-benar perlukan perbelanjaan untuk perkara ini? Apakah yang akan anda dapatkan kembali memadai apa yang dibelanjakan?
- Adakah terdapat alternatif yang lebih murah yang sesuai?
- Bolehkah anda mampu untuk meneruskan corak perbelanjaan ini? Adakah lebih baik untuk menggunakan wang itu untuk simpanan dan pelaburan?
Ini lebih mudah diucap daripada dilakukan. Semua orang mahu gaya hidup yang baik tetapi bagi sesetengah orang, membeli-belah adalah hobi. Anda mesti mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan anda dalam pilihan perbelanjaan mereka.
Tip 5: Tingkatkan pendapatan
Jika aliran tunai adalah defisit, selain mengurangkan aliran keluar, peningkatan pendapatan, sama ada secara pasif atau aktif, adalah satu pilihan yang perlu.
Pendapatan pasif termasuk dividen yang diterima daripada pelaburan atau pendapatan sewa. Kaedah ini lebih sesuai untuk jangka panjang seperti dana persaraan. Ketahui tentang pilihan pelaburan yang sesuai dengan profil risiko seseorang.
Gaji adalah contoh pendapatan aktif. Bincang dengan majikan untuk kenaikan gaji atau mengambil pekerjaan sampingan untuk menjana pendapatan aktif.
Pensijilan atau lesen tambahan boleh membawa lebih banyak peluang untuk menaikkan pendapatan. Yang paling penting, jejaki dan catatkan setiap pendapatan sampingan anda.
Tip 6: Struktur semula hutang untuk aliran tunai lebih
Pengstrukturan semula hutang sedia ada adalah salah satu langkah penting untuk mengoptimumkan aliran tunai.
Dengan menyusun semula pembayaran balik pinjaman atau berunding untuk kadar faedah yang lebih rendah, anda boleh mengurangkan jumlah bayaran bulanan anda. Ini bukan sahaja dapat melegakan tekanan kewangan, tetapi juga membebaskan lebih banyak wang untuk perbelanjaan lain atau simpanan.
Anda boleh menggabungkan beberapa hutang untuk menjadi satu pinjaman yang lebih besar dengan kadar faedah yang lebih baik, atau berbincang dengan pihak pemberi pinjaman mengenai tempoh pembayaran yang lebih panjang.
Pastikan anda membuat perbandingan antara pilihan yang ada dan memilih strategi yang paling sesuai dengan keperluan kewangan anda, di mana kami boleh bantu anda di E-Ways Group.
Tip 6: Duduk dan rancang aliran tunai yang dijangkakan
Jika anda mempunyai rancangan yang baik, ia akan membantu dalam membuat keputusan yang lebih baik dan cepat:
- Tetapkan belanjawan: Ini akan memastikan perbelanjaan anda berada di landasan yang betul, tetapi realistik.
- Rancang perbelanjaan makanan dengan awal: Merancang hidangan lebih awal bermakna seseorang tahu apa yang boleh dibeli secara pukal (penjimatan wang) dan yang mana perlu dibeli lebih sedikit (kurang pembaziran). Manfaat tambahan ialah biasanya kualiti pengambilan makanan akan menjadi lebih baik.
- Daftar untuk 'Loyalty Program': Ambil kesempatan untuk mendapatkan diskaun dan tawaran istimewa bagi barangan runcit, bekalan rumah atau bahkan petrol.
- Rancang perjalanan membeli-belah: Selain menjimatkan masa, ia boleh mengurangkan perbelanjaan perjalanan dalam petrol, tempat letak kereta, mahupun untuk servis pengangkutan.
- Rancang pembayaran untuk pinjaman: Ini membantu dalam menyediakan jumlah yang diperlukan. Pembayaran tepat pada masanya mengelakkan faedah tambahan atau penalti juga.
Teruskan menjejak perbelanjaan dan semak angka secara berkala. Bagaimana pelan tersebut akan berpadanan dengan perbelanjaan sebenar dan tahukan anda apa yang perlu diubah?